Wednesday, February 27, 2008
The wife, writes...
Sejak 13hb September 2007 menjadi sejarah pahit bagiku. Tak ku sedari 5 bulan telah berlalu dengan pantasnya. Aku tak tahu bagaimana aku dapat menjalani hidup ini tanpa dirimu disisiku lagi. Kesepian, keseorangan, kehilangan, kesedihan, kerungsingan dan macam-macam lagi tak dapat ku ucapkan lagi. Ku iringi doa untuk mu semoga di terima disisi Nya. Amin. Semoga roh mu tenteram bersemadi. Kebaikan, kesabaran, kemesraan, kelucuan dan macam-macam lagi tetap menjadi kenang-kenangan ku dan anak-anak mu, sayang. Masih ku teringat pada January ’07 itu hari yang dikau jatuh sakit. Tak dapat ku bayang kan betapa remuk hati ku, orang yang aku paling sayangi mengidap penyakit yang ditakuti dan dibenci. Tapi aku cuba kuat kan diriku ini untuk menguat semangatnya untuk terus hidup. Walaupun doktor menyatakan peluang untuk hidup lama agak tipis. Aku tetap perjuangkan dirinya untuk hidup walaupun dengan memberinya semangat doa ikhlas ku dan pengorbanan ku sebagai isteri. Semoga Allah memperkenankan. Tetapi akhirnya Allah lagi menyayangi nya. Aku reda walaupun hati ku hancur bagai kaca terhempas ke batu. Walau dalam masa keuzuran mu, sayang, kau tetap mahu aku disisimu sentiasa. Kekadang aku larikan diriku, rasa tak sampai hati melihat keadaan mu yang makin uzur, kurus dan mata mu yang makin kabur. Dan melihat keadaan hati ku semakin pilu. Pada setiap hari, setiap minit dan setiap saat tak akan ku lepaskan mu, aku dakap, aku peluk, aku manjakan mu dan melayan mu dengan penuh kasih sayang. Disaat akhir mu, sempat aku membersihkan dirimu, siap berbedak dan berlosyen. Aku menatap dan kucup wajahnya walaupun dia dah tak nampak. Tapi sebelum itu, 3 hari lepas dia nampak diriku yang sedang menatap wajah nya. Betapa gembira hatiku hanya Allah sahaja yang mengetahui. Rupa-rupanya itu lah kali terakhir dia menatap wajahku ini. Disaat terakhir aku dapat tidur disisi mu sayang. Aku rasa dalam 2 jam aku disismu, aku tersadar dari tidur ku untuk bersiap untuk sahur. Pada masa itu ialah pemulaan bulan puasa. Disisiku lihat tubuh mu berbujur kaku, aku jadi bingung sekali. Aku gerakkan tubuhmu dan memanggil nama mu tapi... Walaupun selama 9 bulan aku menjaga, merawat dan melayan mu rasa tak puas rasanya kau dah tinggalkan ku untuk selamanya. Selamat tinggal sayang semoga kita berjumpa diakhirat kelak. Amin.
-Kamisah Yusoff-
In Loving Memory Of, Ramli Bin Osman, A Father, A Husband
Shehku All Rights Reserved©2008
|